Bagi mereka yang masih mencari pekerjaan

Saya forwardkan dari email
LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (Fisheries Development Authority of Malaysia)
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.
1.PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI
E27
18
Sokongan
Perkhidmatan Ekonomi
Tetap
P1T1 RM1204.55 -P2T1 RM1274.13 -P3T1 RM1346.73 -
P1T26 P2T26 P3T26
RM 3027.10 RM 3213.25 RM 3405.26
2.
PEMBANTU EHWAL EKONOMI
E17
30
Sokongan
Perkhidmatan Ekonomi
Tetap
P1T1 RM 821.89 -P2T1 RM 873.32 -P3T1 RM 926.26 -
P1T24 P2T24 P3T24
RM 2152.86 RM 2274.01 RM 2399.46
3.
JURUTEKNIK KOMPUTER
FT17
1
Sokongan
Perkhidmatan Sistem Maklumat
Tetap
P1T1 RM 843.06 -P2T1 RM 896.00 -P3T1 RM 950.45 -
P1T26 P2T26 P3T26
RM 2325.37 RM 2452.46 RM 2583.95
4.
PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)
N17
1
Sokongan
Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan
Tetap
P1T1 RM 820.38 -P2T1 RM 871.81 -P3T1 RM 924.75 -
P1T24 P2T24 P3T24
RM 2151.35 RM 2272.50 RM 2397.95
5.
JURUAUDIO VISUAL
N17
1
Sokongan
Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan
Tetap
P1T1 RM 820.38 -P2T1 RM 871.81 -P3T1 RM 924.75 -
P1T24 P2T24 P3T24
RM 2151.35 RM 2272.50 RM 2397.95
JAWATAN 1:
Syarat Lantikan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27 : P1T5); atau
(iii) Diploma ikhtisas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27 : P1T6);
DAN
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Ehwal Ekonomi dan Pengajar Kraf adalah layak dipertimbangkan
oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai
Ehwal Ekonomi Gred E27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
JAWATAN 2:
Syarat Lantikan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E17 : P1T8);
DAN
(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 3:
Syarat Lantikan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) dalam bidang elektrik atau elektronik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politekn ik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1T9);
DAN
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 4:
Syarat Lantikan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas dengan kederasan 60 p.s.m daripada rencana dan menaip salinan trengkas itu sederas 20 p.s.m dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1T2);
[Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer]; atau
(ii) Diploma Kesetiausahaan daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1T9);
DAN
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 5:
Syarat Lantikan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(ii) memiliki lesen memandu Kelas D;
(iii) berpengalaman mengendalikan peralatan yang berkait rapat dengan alat-alat elektronik siaran serta berkebolehan memasang, menyelenggara dan membaiki kerosakan kecil.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1T2);
DAN
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
CARA MEMOHON
B. CARA MEMOHON
a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKIM 1. Borang tersebut boleh didapati secara datang sendiri ke
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 8, Wisma PKNS, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur atau di pejabat-pejabat cawangan seperti berikut dengan mengemukakan bayaran sebanyak RM1.00 (tunai).
b. Calon-calon yang ingin memohon Borang LKIM 1 melalui pos dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia mestilah menyertakan sampul surat berukuran 32sm x 22sm yang beralamat sendiri serta mempunyai setem bernilai 50 sen dan Wang Pos/ Kiriman Wang sebanyak RM1.00 ditulis atas nama
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.
1. Pejabat LKIM Negeri Perlis, Kompleks Perikanan LKIM Kg. Perak, 02000 Kuala Perlis, Perlis.
8. Pejabat LKIM Negeri Pahang, Kompleks LKIM Kuantan, Jalan Seri Kemunting 2, Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang.
2. Pejabat LKIM Negeri Kedah, Lot 552, Jalan Kuala Kedah, 06600 Kuala Kedah, Kedah.
9. Pejabat LKIM Negeri Terengganu, Pelabuhan Perikanan Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu.
3. Pejabat LKIM Negeri Pulau Pinang, Pelabuhan LKIM, Batu Maung, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang.
10. Pejabat LKIM Negeri Kelantan, Lot 337, Seksyen 15, Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu, Kelantan.
4. Pejabat LKIM Negeri Perak, Kampung Acheh, 32000 Sitiawan, Perak.
11. Pejabat LKIM Negeri Sarawak, Lot 329, Seksyen 9, KLTD, Jalan Satok, Peti Surat 2201, 93744 Kuching, Sarawak.
5. Pejabat LKIM Negeri Selangor, Tingkat 2, Kompleks PKNS, 40000 Shah Alam, Selangor.
12. Pejabat LKIM Negeri Sabah, Lot 38, Tingkat 1, Ruang Grace Square 2, Jalan Sembulan Pantai, 88100 Kota Kinabalu, Sabah.
6. Pejabat LKIM Negeri Melaka/ Negeri Sembilan, No. 74 A, Jalan TMR 25, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka.
13. Pejabat LKIM W.P. Labuan, Lot 3, Tingkat 1 Phase 111A, Lazenda Commercial Centre, 87007 W.P. Labuan.
7. Pejabat LKIM Negeri Johor, No. 6 & 8, Jalan Geroda 1Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor.
c. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini hendaklah disertakan bersama.
d. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan telah disahkan.
e. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat 32sm x 22sm. Disudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis Nama Jawatan yang dipohon.
f. Permohonan yang berikut akan ditolak :
i. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan ;
ii. Dokumen tidak disahkan ;
iii. Tidak lengkap atau tidak terang ;
iv. Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan ;
v. Tidak ditulis nombor Kad Pengenalan ;
vi. Tidak ditandatangani.
UMUR (PADA TARIKH IKLAN DITUTUP)
Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan dan terdiri daripada warganegara Malaysia.
ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
Permohonan hendaklah sampai kepada:
KETUA PENGARAH
LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA
(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)
TINGKAT 8, WISMA PKNS
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR
sebelum atau pada 24 September 2007
CATATAN AM
1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Pemohon-pemohon yang pernah memohon jawatan di atas dikehendaki mengemukakan permohonan semula dengan lengkap jika masih berminat.